Hari ini hari Jumaat

12 06 2009

Sama seperti hari-hari bekerja yang lain, cuma mungkin berbeza hari ini pakai baju melayu.
Masuk ofis pukul 9.05 am. lewat 5 minit tu sudah macam biasa. Ini semua disebabkan tiada sistem ‘punch card’ di ofis ini.
Sampai sahaja, terlihat bos, En Anuar juga memakai baju melayu, warna kuning diraja lagi. Mungkin kerana minggu lepas En Anuar nampak aku pakai baju melayu, lalu hari ini tak nak kalah dengan memakai baju melayu kuning supaya kelihatan dia masih berkuasa. Seperti raja lah kononnya.

Kembali berkenaan baju Melayu. Ya, aku amat gemar memakainya. Selesa dan kemas, dan juga selalunya tak perlu di seterika (aku akan beli yang jenis kain tidak kedut…hehee).